recent

Cara Membuat Resep Telur Bistik Mudah

Cara Membuat Resep Telur Bistik Mudah - naresep.com

Semasa buka fb terpandang pula ada rakan yang kongsi telur bistik. Bistik telur memang menjadi makanan kegemaran untuk mereka yang bujang, sebab buatnya sangat ringkas dan mudah, tetapi rasanya sedap. Sesuai untuk anda menjamu diri sendiri atau kepada rakan-rakan di rumah.

Simak Berikut Cara Membuat Resep Telur Bistik Mudah

Bahan Yang DIperlukan:
  • 1/3 cawan daging cincang
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 inci halia, cincang halu
  • 5 biji cili padi, cincang halus
  • 1/4 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 1/2 camca besar sos cili
  • 1/2 kiub pati daging lembu
  • Sedikit air
  • Sedikit sos ikan
  • Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan (guna parsley pon ok)
  • 3 telur, dipukul sedikit
  • 1 camca besar mayonnaise
  • Sedikit serbuk lada hitam
Cara Membuat Nya:
  1. Satukan telur dengan mayonnaise dan serbuk lada hitam. Kacau rata dengan whisk. Panaskan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci dengan sedikit minyak. Kemudian anda goreng dadar telur tadi hingga masak dan keemasan. Alih ke dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan mintak dalam kuali.
  3. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah kiub daging (jika guna), dan juga daging cincang. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak sekejap.
  4. Masuk sos cili dan sos tomato, kacau rata masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah mix vege, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, renjis dengan sedikit sos ikan. Gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
  5. Tuang atas telur dadar tadi dan ratakan. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu kecil tadi. Hidangkan segera bersama nasi hangat.
Selamat Mencoba !!!
Cara Membuat Resep Telur Bistik Mudah Reviewed by Naresep. com on 12/31/2017 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by NARESEP © 2014 - 2018
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.